Zafiq Syaddiq Radzi
Nama penuh aku adalah Muhammad Zafiq Syaddiq Bin Mohamed Radzi. Merupakan anak jati Perak. Dilahirkan di Teluk Intan, Perak dan dibesarkan di Ipoh
Selepas tamat sekolah. Aku mula berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian aku dalam bidang kejuruteraan.
Tujuan
Tujuan aku menulis blog ini adalah sebagai satu hobi. Hobi untuk mengisi masa lapang. Disamping menulis untuk mencari ketenangan.
Aku harapkan blog ini dapat memberi manfaat secara tidak langsung kepada rakan-rakan yang membaca.
Sebarang maklum balas rakan-rakan adalah amat dihargai
Orang yang terhantuk, aku yang terngada