DIY Car Maintenance

Masalah Utama Alternator Anda Rosak

13716242_10210567450929594_3833226376010562514_n

Disini aku nak share apa barang atau parts yang terdapat dalam alternator

Fungsi Alternator

Kalau dari segi nama Alternator adalah sejenis bahagian atau mesin yang digunakan untuk menukar tenaga kinetik ke tenaga elektrik. Siapa pernah ada basikal yang ada dinamo ditayar basikal dia? Fungsi dinamo adalah untuk memberi tanga elektrik kepada lampu basikal kita. Jadi, fungsi alternator dan dinamo adalah sama.

Dalam kereta, alternator digunakan untuk mengecas bateri kereta dan juga memberi tenaga elektrik bagi menghidupkan barang elektronik yang terdapat didalam kereta seperti radio, alarm, aircond dan sebagainya.

Masalah Utama Alternator

Kebanyakkan masalah yang terjadi kepada alternator adalah masalah carbon brush yang senang haus. Bila carbon brush ni sudah haus, arus elektrik akan terganggu dan ia tidak dapat mengalir dengan sempurna.

Selain carbon brush ni, masalah bearing juga adalah salah satu faktor kegagalan alternator.

Kalau anda sejenis yang sukan DIY anda boeh tukar carbon brush dan bearing ni kalau rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *