Kali ni nak tunjuk macam mana nak flush radiator dan tukar coolant dalam radiator dgn cara yang betul.

Sebelum ni, saya ada lihat satu video mcm mana abang tomen tukar air radiator menggunakan teknik botol air mineral. Memang betul dengan cara tu, air dalam radiator dapat ditukar tetapi cuba kita bayangkan, dalam radiator tu bukan coolant sahaja yang ada, terdapat juga debris2 atau serpihan besi radiator yang terhakis akibat daripada kesan karat.

Radiator adalah sebahagian daripada sistem penyejukan engine kereta (cooling system), coolant yg berada dlm radiator ini akan mengalir atau disalurkan kebahagian engine yang penting seperti blok engine, throttle valve dan sebagainya.

Kalau, sistem penyejukkan tidak berfungsi masalah besar akan timbul seperti overheating. Kalau overheating berlaku dan kita terus bawa kereta kita tanpa memberhentikan kenderaan. Kebarangkalian masalah-masalah besar yg lain akan timbul.

Contoh, gasket pecah . Kalau dah gasket pecah. Air masuk dalam engine. Lepas tu, engine oil dah bercampur dengan air. Lepas tu lubrication dkt engine tak bagus. Parts2 kecil dalam engine boleh jadi melekat dan seterusnya engine boleh pecah. Bak kata orang perak, prevention is better than cure. hahaha. Lebih baik kita halang benda kecil dulu sebelum benda besar berlaku.

Jadi saya akan tunjukkan bagaimana nak flush radiator. Sebelum itu, pastikan kereta sudah sejuk sepenuhnya sebelum memulakan kerja.

Desclaimer:

Saya bukan pomen ye. Kepada sesiapa yang mencuba ni. Tanggungjawab atas diri anda sendiri. Kalau apa2 berlaku kepada kereta anda atau diri anda sendiri semasa melakukan DIY ni. Saya tidak bertanggungjawab. Saya pon budak baru belajar. Kalau tak yakin. Sila ke bengkel yg berdekatan. Mintak diaorg tukarkan.

Coolant radiator ni bahaya. Kadang2 kucing ni suka minum coolant ni sbb bau dia wangi. Nanti kucing anda mati. Sebaik baiknya, coolant ni dikumpul dalam bekas dan seterusnya hantar ke tempat recycle (tak tau la kalau kat Malaysia dia terima utk recycle coolant ke tak)

Kalau ada sebarang cadangan atau masalah, boleh kita bincang sama-sama. :))

Bahan yang diperlukan.

1) Bekas:

untuk tadah coolant dan untuk masukkan coolant ke dalam radiator.

2) Coolant.
Kalau pergi kedai spare part ada 2 jenis coolant kalau tak silap. Ada yang warna merah dan kuning. Sila check manual kereta anda untuk coolant yang mana satu yang sesuai untuk digunakan.

Bagi saya, kereta saya dah lama dan lagi satu manual pon dah hilang. So, disebabkan saya nak flush semua coolant dalam radiator, tauke kedai tu cakap pakai yang warna merah ni brand toyota, harga dalam RM 15 macam tu.

3) Coolant Flush
Coolant flush ni ada byk brand. Saya pergi je kedai spare part mintak coolant flush. Dia bg yang brand ni. Harga dlm RM15 mcm tu. Coolant flush ni digunakan untuk buang semua karat2 dalam radiator.

4) Spanar
Untuk bukak spare tank coolant.


Buang Coolant Lama

Untuk buang semua coolant dalam radiator kita kena cari drain plug dia.

Selalunya drain plug ni berada di bawah radiator. Kalau nak tahu sebelah mana, cari hose radiator yang bawa coolant dari engine ke radiator (anak panah kuning). Drain plug berada di bahagian yg tiada hose radiator tu (bahagian anak panah merah). Untuk kereta saya, drain plug berada di bahagian sebelah kanan radiator (anak panah merah).

  • Dah dapat cari plug tu. Sediakan bekas untuk tadah coolant yang lama.
  • Bila dah habis semua coolant keluar.
  • Tutup balik drain plug.

  • Masukkan coolant flush bercampur dgn air dalam radiator.
  • Biarkan selama berberapa hari palaing kurang 3 hari dan pantau suhu kereta anda

Ini hasilnya, bila dah masukkan radiator flush dalam radiator dan keluarkan balik setelah beberapa hari. Tengok air karat yang keluar.


Masuk Coolant Baru

Pastikan coolant dalam spare tank tu dikeluarkan jua
Seterusnya, kita kena bancuh coolant dengan air. Sukatan dia 50/50

Ini apabila coolant dah bercampur dengan air.

Bila dah siap campur, masuk coolant (campuran) ke dalam radiator. Method dia sama macam kita masukkan coolant flusher td.

Pastikan juga, isi coolant dalam spare tank.

Sudah selesai kerja DIY flush radiator. Kemas balik barang yang dah digunakan.

SELAMAT MENCUBA!! :))