Hi, kali ni aku nak share pada korang semua macam mana nak sambung wayar 3 core dengan cara yang betul dan lebih selamat. Jom…

Aku gunakan teknik ni sebab nak sambung wayar 3 core ke LED flood light.

Tujuan aku pakai LED flood light ni untuk buat lighting untuk video-video aku akan datang.

Kali ni, aku akan buat sambungan wayar yang kukuh dan juga water tight (kalis air).

Barang Keperluan


Barang-barang yang diperlukan adalah:

1. Heat shrink

Heat shrink ni korang boleh beli di kedai elektronik. Dia datang dalam bermacam-macam size. Untuk projek ni, aku pakai 2 saiz iaitu 11mm dengan 4mm diameter.

2. 3 Pin Soket

Yang ni pilih 13A punya soket. Boleh pilih yang murah-murah pun cukup sebab kita nak guna untuk nyalakan lampu LED sahaja

3. Wayar 3 Core

Yang ni ada macam-macam jenis dan size cable. Cakap je dekat tauke hardware tu, nak guna untuk wayar lampu. Nanti dia suggest yang sesuai.

Yang ni aku beli pangjang 2 m sebab aku nak guna LED flood light aku sebagai lampu lighting video dan aku pun pakai dalam bilik je. Jadi, 2 m panjang bagu aku sudah cukup.

4. LED Flood Light

Yang ni aku pilih 10W punya power. Yang ni weather proof, jadi boleh letak dekat luar.

Aku pilih 10W pun sebab aku rasa nak gunakan sebagai Fill light atau back light je nanti.

10W ni pun bagi aku dah cukup terang dan harsh sedikit bagi aku


Untuk alatan pula:

1. Solder iron & Lead

Untuk penyambungan wayar aku guna cara soldering supaya sambungan lebih kuat.

2. Wire stripper

Yang ni tak perlu pun takpa. Boleh pakai gunting. Tujuan dia adalah untuk kita buang insulator atau plastik yang balut wayar tu. Aku guna wayar stripper jenis ni sebab senang nak guna

3. Screwdriver

Yang ni guna untuk buka soket tu nanti

Cara-cara

Mula-mula stripkan strip dan potong wayar mengikut panjang yang bersesuaian dengan menggunakan wire stripper.

Untuk penyambungan wayar, step ni paling leceh dan tricky sikit.

Kadang-kadang confuse dibuatnya. Aku pun kadang-kadang lupa.

Yang ni aku sediakan warna code untuk korang refer.

Untuk warna:

Live wire = Merah, Coklat

Neutral = Biru, Hitam

Earth = Hijau, Hijau-Kuning (belang-belang)

Kadang-kadang dekat 3 pin soket pun ada tunjuk. Jadi, korang boleh refer sana

Jangan lupa masukkan heat shrink dulu sebelum membuat penyambungan

Selepas dah masukkan heat shrink. Dua wayar yang hendak disambung tu perlu dipintal-pintal supaya dua wayar tersebut bersambung

Sebelum masukkan heat shrink tu, korang potong mengikut kesusaian

Yang ni adalah gambar bila aku dah panaskan heat shrink menggunakan lighter. Heat shrink akan mengecut bila dipanaskan.

Gambar masa aku solder wire tak ada pula.

Cara solder mudah je. Panaskan wayar  yang dah dipintal tu menggunakan solder iron sambil letak lead ke atas wayar yang sedang dipanaskan.

Tunggu lama-lama, nanti lead tu akan cair dan melekat dekat wayar kita nanti

Ulang untuk ketiga-tiga wayar

Bila ketiga-tiga wayar dah sambung dan balut dengan heat shrink. Korang boleh balut semua wayar dengan heat shrink yang besar sikit macam dalam gambar tu

Kalau pakai heat shrink ni, sambungan wayar lebih kuat dan susah nak tanggal. Kita pun boleh elak daripada wayar short atau touching antara satu sama lain.

Dah pun siap!!

Boleh nyala tu kira okay la cara sambungan kita tu